Friday, October 13, 2006

May peace be with you..

{ Memandangkan kita hidup dalam satu negeri yang berbilang bangsa atau lebih dikenali sebagai "rojak", maka dengan sukacitanya saya pinta agar kalian jangan terkejut jika ternampak berbagai bahasa yang digunakan dalam post ini. Ini cuma latihan sahaja sempena menjelangnya peperiksaan peringkat O ini. }

Tanggal 13 bulan sepuluh 2006, tercatit dalam sejarah; hari terakhir daku mengangkat sumpah setia (ikrar) sekolahku.. Terasa sebak di jiwa apabila aku meletakkan tangan kananku di dada, sambil menuturkan ikrar yang amat bermakna.

Hari itu juga merupakan kali terakhir daku memanjatkan doa ke hadrat Ilahi secara beramai-ramai sambil berdiri di waktu pagi dengan berpakaian seragam sekolah. Doa yang amat menyentuh jiwa..

"Allahumma wahhid kalimatal ummatil islaamiyyah.."

Ya Rabbi...Alangkah bahagia hidup ini jika umat Islam bersatu menegakkan kalimahMu, menentang musuh-musuh kami yang durjana.. Semoga doa yang dipanjatkan oleh pelajar-pelajar MWTI setiap pagi akan dimakbulkanNya..Allahumma Amin..

Jika ingin diceritakan tentang pengalamanku di sekolah ini ataupun sekolah yang sebelum ini, mungkin lebih baik jika aku menjadi seorang penulis novel yang mampu mengarang berjilid-jilid novel mengisahkan hari-hari yang kulalui di bangunan nan gah lagi diberkati.

Oleh itu, biarlah daku mengakhiri coretanku di sini saja.

Andaikata ditakdirkan kita tidak dapat bersua kembali, ingatlah teman, saat-saat bahagia hidupku adalah ketika daku bersamamu, menyusuri liku-liku hidup ini. Iringilah pemergianku dengan sekalung doa.

Semoga ukhuwwah yang dibina atas dasar iman dan taqwa ini akan diberkati-Nya dan berpanjangan hingga ke akhirat sana. Amin ya Rabbal Alamiin..



No comments: