Dua Sahabat di Padang Pasir
Ada dua orang yang lama berkawan. Mereka minat pandu kapal terbang. Satu hari kapal terbang mereka terhempas di padang pasir. Bush, boom. Hancur semua.
Yang duduk di belakang marah pada pemandu.
"Itulah kau, aku cakap isi minyak diesel, kau isi minyak cap kapak. Bla bla bla."
Mereka pun bertengkar. Daripada bertengkar, mulalah hendak bertumbuk.
Yang duduk di belakang tumbuk si drebar. Drebar tidak balas. Dia tunduk dan tulis di atas pasir pakai jari, "Hari ini kawan baik saya telah menumbuk saya."
Mereka pun terus berjalan dan berjalan. Akhirnya tiba di satu kawasan berair. Si drebar tidak sabar, terus terjun dalam air. Dia lupa dia tidak boleh berenang.
Apa lagi, lemaslah. "Kacau daunlah kau ni," kata kawan dia yang seorang lagi. Tetapi dia tidak membuang masa. Sambil-sambil merungut, terus terjun dalam air. Kira hero betullah, bukan hero bercakap saja.
Si drebar berjaya diselamatkan. Lepas baik daripada mamai-mamai, drebar terus pergi ke batu besar yang ada dekat dengan kawasan air itu. (Batu itu bukan baru letak sebab mahu sedapkan cerita. Memang ada di situ, cuma tidak sebut awal-awal sebab hendak bagi suspen).
Dia cari batu kecil dan dengan susah payah ukir atas batu besar,
"Kawan saya telah menyelamatkan saya."
Si penyelamat dan juga jagu tinju ini peliklah.
"Eh kau ini. TAdi kau tulis atas pasir. Sebab apa sekarang susah-susah ukir atas batu?"
Jawab si drebar, "Beginilah adat berkawan. Apabila berlaku perselisihan, hendaklah kita 'menulisnya atas pasir'. Angin gurun akan cepat-cepat bertiup dan terus hilang kesannya. Tetapi apabila kawan kita menolong kita, hendaklah kita 'memahatnya di atas batu'. Dengan itu, kebaikan akan sentiasa melekat di hati kita dan sukarlah persahabatan itu terjejas."
p/s: PTS Paperback rules! Baca tau buku2 terbitan PTS- motivational n best banget. ^.~

***
Cute kan cerite tu? Minyak kapak seh.. (lol) Moga2 ade kita peroleh pengajaran drpd kisah tu. =)p/s: PTS Paperback rules! Baca tau buku2 terbitan PTS- motivational n best banget. ^.~
No comments:
Post a Comment